Hari 5 (ahad... cuti... yeeaaaaa)


Hari ini hari Ahad.


Hari ini cuti umum. Semalam sabtu cuti rehat. Tapi dua-dua pun tak payah pergi sekolah.


Hari ini papa tak pergi main golf. Pagi tadi mama tanya papa "hari ni tak pergi menebas ke?".


Papa cakap "takde modal nak menebas". 


Menebas kena pakai duit ke?




Pagi tadi kami pergi makan roti canai kat kedai mamak. Saya berjaya makan dua keping. Papa makan roti nan dengan kari kambing. Mama pula makan nasi lemak, roti canai, teh tarik Madras, dua ketul vadeh dan teh O lemon. Mama memang suka minum teh O lemon sebab dia cakap boleh jaga badan. Mama memang suka jaga badan....

Kenyang...

Petang pulak kami pergi jalan-jalan di TESCO. Seronok jalan-jalan kat TESCO. Ramai sangat orang. Mama beli banyak barang rumah. Papa pulak beli barang-barang untuk komputer. Papa suka beli pendrive. Dia suka bagi hadiah pendrive kat orang. Dia punya pendrive pun selalu hilang. Kawan-kawan dia pun selalu hilang pendrive jugak agaknya. Kerana itu papa suka hadiahkan pada mereka...

Kingston Digital 8 GB USB 2.0 Hi-speed Datatraveler Flash Drive DT101G2/8GBZ, Red
Malam semasa tengok berita tukang baca berita yang pakai serban itu cakap pasal ekonomi melisit. Saya pun tanya papa. Papa bagi tahu, melisit maknanya merosot. Saya tanya papa merosot tu apa. Papa cakap merosot tu menguncup.. Saya tanya lagi menguncup tu apa. Papa cakap menguncup tu defisit.. Saya tanya lagi defisit tu apa. Papa cakap defisit tu berkurang..

Lepas tu saya tak tanya dah...

Selepas ini saya nak tidur sebab esok nak pergi sekolah...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...