Indonesia 2-1 Malaysia FINAL 2 Piala Suzuki AFF 2010 [Gol Safee Sali]

Hari 2 - Khamis

Pagi tadi saya pergi sekolah macam biasa. 


Pagi-pagi ada Pendidikan Jasmani. Kami main bola tampar bulatan. Hari ni cikgu Ayu ajar cara nak sangga bola. Selalu saya sangga tapi bola pergi keluar dari bulatan. Susah juga main bola tampar rupanya.


Petang pula saya pergi main bola sepak lagi. Hari ni kawan-kawan makin sedikit. Ada 5 orang saja yang main kat padang. Sebab orang sedikit sangat kami main sekejap sahaja.


Pukul enam setengah petang saya nak tengok sambung cerita Batman semalam di 616. Cerita semalam tidak habis. Semalam Batman lawan dengan Superman. Saya sokong Batman sebab Superman eksyen sangat. Dia ingat dia kuat dia boleh kalahkan semua orang. Rupanya Batman dah buat satu baju robot yang jadikan dia kuat.. Padan muka Superman.


Tapi saya tidak dapat tengok cerita Batman tu sebab papa nak tengok orang main golf di 815. Saya minta nak tengok Batman tapi papa tak bagi. Dia seronok sangat tengok ada satu orang negro yang pandai main golf tu. Saya tak suka golf sebab tak seronok. Papa suka sebab dia kata main golf boleh jadi kaya. 


Papa rajin main golf. Kadang-kadang hujung minggu pun dia pergi main golf. Tapi kami tak kaya juga sampai sekarang...



Bnda nak buat esok;


1 -  sembahyang jumaat dengan papa.


2 - ajak papa pergi jalan-jalan hujung minggu...

Hari 1 (Rabu)

Hari ini hari pertama saya tulis diari. 


Mak cakap kalau nak cepat pandai menulis kita kena tulis apa yang kita buat tiap-tiap hari. Kalau boleh tulis tiap-tiap hari lama-lama kita jadi pandai jadi saya start tulis hari ini... saya akan tulis tiap-tiap malam sebelum tidur.


Pagi tadi saya pergi sekolah. Lepas balik sekolah saya makan nasi. Lepas makan saya tengok kartun kat astro. Kemudian saya pergi main bola dengan kawan-kawan. 


Tapi main bola susah nak dapatkan ramai orang jadi kami main 3 orang saja satu team. Kami yang main kat padang semua tiada video game kat rumah, jadi kena main bola kat padang. Kawan-kawan yang ada video game semuanya main bola kat rumah saja. Selain main bola, kawan-kawan yang ada video game boleh main macam-macam lagi. Boleh main kereta lumba, main perang-perang dan macam-macam lagi. Ada yang boleh main menari lagi.. Papa cakap nanti dia belikan video game untuk saya bila dia dapat bonus. Rasanya dia dah cakap banyak kali tapi masih belum beli jugak. Mungkin sebab dia belum dapat bonus lagi. Ayah cakap ekonomi 'melisit'... Saya tidak faham maksud 'melisit'. Nanti esok saya kena tanya kat ayah.


Benda kena buat esok;


1 - tanya ayah makna 'melisit'.


2 - tengok sambung kartun Batman pukul 5 di 616.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...