Hari 6(isnin - hari sekolah)

Hari Isnin saya pergi sekolah.

Papa hantar naik kereta.

Hari Isnin mama demam. Dokter bagi mama cuti 2 hari sebab dia demam. Papa beli burger mcdonald untuk makan malam. Papa tak pandai masak.

Hari ini cikgu Misra ajar menyanyi. Saya main kastonet sebab suara saya tidak merdu. Alin, Nana dan Mida saja yang menyanyi. Kawan lelaki semua main alat-alat muzik sahaja.

Petang Isnin saya main bola sepak dengan kawan-kawan. Hari isnin ramai kawan yang datang main bola. Kami main sampai azan maghrib. Petang Isnin selalu tak ramai orang main bola. Ramai kawan yang lagi tua dari sekolah menengah pun main juga.

Malam mama tidak masak. Mama tidak larat. Papa beli burger Big dan Tasty untuk saya. Saya makan sorang saja. Mama makan bubur papa beli kat kedai.Lepas makan saya buat kerja rumah. Saya tak suka buat kerja rumah banyak-banyak. Cikgu selalu bagi kerja rumah banyak. Kadang-kadang sampai tidak sempat buat sebab banyak sangat.

Benda perlu buat esok:

1.-  main bola petang-petang.

2. - tolong papa masak nasi goreng untuk sarapan pagi.

Karangan Saya

Minggu lepas cikgu bahasa malaysia suruh saya dan kawan-kawan buat karangan sepanjang 120 pp.

"""
Tajuk  : Saya Sebuah Kereta 


     Saya sebuah kereta berwarna hijau terang. Saya ada 4 buah tayar. Tetapi saya ada lagi tayar di dalam tempat simpan barang di belakang. Tuan saya tidak sayang pada saya. Tuan saya duduk di dalam rumah tetapi saya kena duduk di tepi jalan. Tuan saya pun tidak pernah mandikan saya. Saya mandi bila hari hujan sahaja.


    Tuan saya selalu bawa saya pergi pasar. Lepas itu tuan saya pandu saya balik ke rumah. Tuan saya dan keluarga juga selalu naik saya untuk pergi jalan-jalan di bandar, taman, sekolah dan balik kampung. Dalam perjalanan balik kampung saya tidak larat untuk pergi laju sebab terlalu berat. Tuan saya ada anak ramai.


      Setelah banyak kali berjalan saya akan cepat penat. Tuan saya akan bawa saya pergi ke bengkel. Di bengkel, abang pomen akan keluarkan minyak warna hitam dari dalam enjin saya. Lepas itu abang pomen akan masukkan minyak yang berwarna kuning. Selepas itu saya akan lambat penat semula. 


     Setelah lama saya dipakai oleh tuan saya, saya telah dijual kepada seorang perempuan tua. Perempuan itu juga suka bawa saya pergi ke pasar. Tuan saya yang baru ini cat saya kepada warna merah jambu. Sekianlah kisah hidup saya sebagai sebuah kereta.

""""

Cikgu Aminuddin kata saya pandai sangat buat karangan. Terima kasih cikgu... terharunya.. churrpp churp...

Hari 5 (ahad... cuti... yeeaaaaa)


Hari ini hari Ahad.


Hari ini cuti umum. Semalam sabtu cuti rehat. Tapi dua-dua pun tak payah pergi sekolah.


Hari ini papa tak pergi main golf. Pagi tadi mama tanya papa "hari ni tak pergi menebas ke?".


Papa cakap "takde modal nak menebas". 


Menebas kena pakai duit ke?




Pagi tadi kami pergi makan roti canai kat kedai mamak. Saya berjaya makan dua keping. Papa makan roti nan dengan kari kambing. Mama pula makan nasi lemak, roti canai, teh tarik Madras, dua ketul vadeh dan teh O lemon. Mama memang suka minum teh O lemon sebab dia cakap boleh jaga badan. Mama memang suka jaga badan....

Kenyang...

Petang pulak kami pergi jalan-jalan di TESCO. Seronok jalan-jalan kat TESCO. Ramai sangat orang. Mama beli banyak barang rumah. Papa pulak beli barang-barang untuk komputer. Papa suka beli pendrive. Dia suka bagi hadiah pendrive kat orang. Dia punya pendrive pun selalu hilang. Kawan-kawan dia pun selalu hilang pendrive jugak agaknya. Kerana itu papa suka hadiahkan pada mereka...

Kingston Digital 8 GB USB 2.0 Hi-speed Datatraveler Flash Drive DT101G2/8GBZ, Red
Malam semasa tengok berita tukang baca berita yang pakai serban itu cakap pasal ekonomi melisit. Saya pun tanya papa. Papa bagi tahu, melisit maknanya merosot. Saya tanya papa merosot tu apa. Papa cakap merosot tu menguncup.. Saya tanya lagi menguncup tu apa. Papa cakap menguncup tu defisit.. Saya tanya lagi defisit tu apa. Papa cakap defisit tu berkurang..

Lepas tu saya tak tanya dah...

Selepas ini saya nak tidur sebab esok nak pergi sekolah...




Hari 4 (Sabtu)

Hari ini hari Sabtu. 


Hari ni saya tidak pergi sekolah sebab hari ini hari sabtu. Kerajaan Malaysia dah isytihar hari Sabtu hari rehat. Tapi papa tidak rehat. Pagi-pagi lagi dia dah pergi kerja. Dia cakap dia tak kerja dengan kerajaan, bos dia bukan orang kerajaan, jadi bos dia tak bagi dia rehat tiap-tiap Sabtu. Tapi dia balik tengah hari. Bagus juga. Boleh bawa kami sekeluarga jalan-jalan.


    VS    RoomMates RMK1156GM Superman: Day Of Doom Peel & Stick Giant Wall Decal


Jadi pagi tadi saya tengok tv. Sempat tengok batman lawan dengan Superman yang papa kacau hari tu. Akhir sekali Superman kalah dengan Batman walaupun dia manusia biasa. Rupanya Batman dah siap sedia untuk lawan dengan Superman. Sebab tu dia dah ada baju robot yang sama kuat dengan Superman. Caya lah Batman. 


Petang pulak kami pergi piknik satu keluarga. Kami pergi kat Pulau Pangkor, mula-mula naik kereta sampai Lumut, naik feri dari Lumut ke Pangkor, naik van ke pantai Pasir Bogak. Saya mandi laut sampai kena gigit dengan obor-obor. Ni gambar mama dengan papa kejar obor-obor tu... hehehee...
                                   
Lepas tu mama dengan papa dapat tangkap obor-obor tu guna kayu, mereka pun bedah binatang tu... mama pun lukis isi perut obor-obor tu...
                                  


Seronoknye hari ni... harap-harap dapat pergi piknik selalu. 


Malam baru sampai rumah, penat. Lepas siap diari hari ini saya mahu tidur................................



Hari 3 (Jumaat)

Rain-X 5079283 Latitude 8-In-1 Premium Graphite Coated Wiper Blade - 17"Hari ni saya pergi sembahyang jumaat dengan papa. Papa kata kalau tak pergi sembahyang Jumaat nanti hidup susah. Lepas tu kalau 3 kali tak pergi takde sebab nanti tak jadi Islam.

Pagi tadi ada perhimpunan pagi. Guru besar bagi ucapan lameeeee sangat...
Saya terlelap banyak kali. Guru besar pesan jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal, jangan naik motor kalau takde orang besar.., jangan makan banyak-banyak sangat sebab nanti cepat mengantuk... dan macam-macam lagi.

Petang pulak saya tidak pergi main bola sebab hari hujan lebat. Jadi saya tengok tv sahaja. Saya sempat tengok filem batman kat 411. Seronok.......



The Dark Knight
Tron: Legacy 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...