Dunia dari pandangan berbeza

Gajah....

hakeR: Binatang besor.. boleh menghancurkan sebuah kampung..

Hamim : Besor.. 4 kaki.. takut tikus... tak pandai main bola.. comel...


Rumah..

hakeR: tempat berlindung.. kalau beli kena hutang bank 30 tahun..

Hamim: tempat tidur.. main video game.. kalau takde rumah mama tak boleh masak..


Bola:

hakeR: bulat... ada banyak jenis.. bola ragbi bujur..

Hamim: mainan orang lelaki... bola sepak best.. bola golf tak best..


Nasi kerabu

hakeR: makanan berkhasiat dari pantai timur..

Hamim: tak sedap .. banyak sangat sayur..


Baju:

hakeR: pakaian...

Hamim: biru cantik... merah buruk... mesti ada gambar batman aru cantik..

Hari Sabtu....

Hari ini sabtu. Papa tak pergi main golf. Sebab pagi hujan. Dia janji dengan kawan dia pagi. Padan muka papa. Hihihhii...

Tadi tengok cerita Hantu Kak Limah. Saya pinjam dengan sepupu saya. Seronok tengok Usop. Dia bekas penari kebudayaan. Dia suka bakar rumah orang. Dia naik kerusi roda tapi dia boleh berlari.


Dia tengok hadiah. Lepas tu dia kena langgar dengan mesin padi. Sian dia.Hari tu hari jadi dia.

Petang saya buat kerja rumah. Cikgu memang suka bagi kerja rumah. Cuti panjang lagi banyak kerja rumah. Tadi saya buat bahasa Inggeris. Semua siap. Mama tolong saya. Rupannya mama pandai Inggeris. Saya tak tahu pun. Mama pun selalu tengok cerita Korea saja.

Malam saya tengok cerita transformers. Saya tak faham sangat. Tapi banyak lawan-lawan. Cerita dia lain sikit dari kartun. Papa cakap kartun transformer dulu lagi lain.Dulu ada transformer orang putih. Ada dari jepun.

 

Saya suka megatron sebab dia jahat..

 

Cerita tu banyak sangat gaduh. Saya terlelap banyak kali.

Esok saya nak tengok lagi. Saya nak tengok aksi yang terlepas tadi.

Hari Jumaat.. penghulu segala hari





Hari ini hari jumaat. Sekolah habis awal. Semua kena pergi sembahyang jumaat di masjid. Saya pergi ke masjid yang saya pergi dengan papa semalam. Hari ini pun pergi dengan papa. Kami pergi naik motor. Kami tidak pakai helmet. Papa kata kalau pergi sembahyang jumaat polis tak marah kalau tak pakai helmet.

Sebelum tidur tadi saya tengok rancangan Time Warp. Dia ada cerita pasal orang bersin. Dia kata orang bersin keluarkan kuman banyak. Kalau selsema maknanya ada banyak kuman dalam hidung. Sebab tu selalu bersin.Ada seorang pompuan tu bersin manja. Tapi banyak jugak kuman keluar dari hidung dia.

Rancangan hujung minggu.

- jangan bagi papa main golf.

- ajak papa main bola

- buat kerja rumah.

 

Wonderpets - lambang kesetiaan dan bantuan ikhlas


by hakeR...

Hamim suka tengok kartun ni...

Banyak iktibar boleh kita ambil dari Wonderpet ni.

Pertama sekali, hero tidak semestinya hensem. Dalam kartun ni heronya semua comel.

Kedua. Kita kena bantu orang yang memerlukan dengan ikhlas. Kalau ikhlas segala bantuan yang kita bagi akan memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Iaitu orang yang dbantu dan kita yang membantu. Bantuan yang ikhlas akan menghilangkan perasaan berlagak, menambahkan semangat setiakawan dan kemungkinan besar kita akan dapat kawan baru yang akan ikhlas berkawan dengan kita.

Ketiga. Bila kita perlukan petolongan, minta lah.... minta pada orang yang boleh dipercayai. Dalam cerita wonderpet ni binatang tolong binatang la...

Keempat. Ni kira tersirat la ye... Pasukan yang memberi bantuan kena pastikan mereka mempunyai peralatan dan pengetahuan yang mencukupi. Fikir dulu apa nak buat kemudian tindak. Fikir ... dan tindak. Fikir dulu... dan tindak.. Tindak pun ada pecahan dia..Dapatkan peralatan yang mencukupi, pastikan ia selamat kepada penyelamat dan mangsa perlu diselamatkan.Kemudian baru proses pelaksanaan. Banyak orang miss fikir dengan bab 'selamat' tu. Safety First... ataupun Safety is paramount..

Kartun ni banyak positive value.. takde gaduh-gaduh. Saya pun suka tengok. Padahal dah tua dah....

Hari Khamis (malam Jumaat)

  

Scary Movie 4 (Unrated Widescreen Edition)

Hari ini hari Khamis. Pagi tadi belajar matematik. Belajar matematik ni seronok. Saya suka matematik. Cikgu matematik pun baik. Dia ajar kira pakai kertas. Kira pakai tangan. Saya suka sangat dengan matematik. Tadi belajar campur dengan tolak nilai ribu.

Mama kata matematik ni bagus utk masa depan. Kalau tak pandai pelajaran lain mesti pandai matematik. Mama kata cina pandai matematik. Sebab tu amai cina yang kaya. Ada 2 orang cina dalam kelas saya. Seorang pandai matematik. Seorang lagi pandai bahasa malaysia. Dia cakap pelat. Bila menulis dia memang pandai bahasa malaysia. Cikgu selalu puji dia.
A Manual of the Malay language


Petang hujan. Saya pergi makan roti canai dengan papa dan mama. Papa makan tosai. Mama makan capati. Saya makan roti nan. Guru besar sekolah saya pun ada juga. Dia makan mee goreng mamak.


  Malam ini saya mahu tidur awal. Papa suruh saya tidur awal. Waktu maghrib saya ikut papa pergi masjid. Kami sembahyang maghrib dan baca Yasin.

Hari-hari Sekolah...

JanSport Big Student Classics Series Daypack (Romance Red Twlight)Saya sekolah tiap-tiap hari minggu ini. Minggu ini cikgu banyak bagi kerja rumah. Saya buat sampai siap sebelum saya tidur tiap-tiap malam. Ada kerja rumah dari buku kerja. Ada juga yang dari buku teks. Selalu saya buat yang dari buku kerja dulu. Lepas tu baru buat kerja rumah yang dalam buku teks.

Papa selalu balik awal dari kerja. Dia habis pukul 4 setengah, pukul 5 dia pun sampai rumah. Mama pun rajin masak minggu ni. Mama suka masak kari, ayam, ikan gulai dan macam-macam lagi. Papa suka kalau mama masak. Dia cakap mama cantik kalau mama selalu masak. Mama memang cantik. Saya rasa mama cantik masa nak tidur malam.

Saya tak main bola sepak minggu ni sebab petang hujan. Saya minta video game dengan papa tapi belum dapat lagi. Papa kata nak beli tapi tak beli lagi. Petang-petang saya selalu sembang dengan abg haker. Dia suka salin apa yang saya cakap. Saya pun tulis dulu lepas tu bagi kat dia. Tapi dia salin juga..

Sembang-sembang Aweks




Di tulis oleh hakeR
(gambar diambil dari: http://ujangzero01.blogspot.com/  terima kasih banyak2)


Ada sekali tu saya sembang dengan si Hamim ni.

hakeR: Abang suka jalan-jalan mim... abang suka jalan-jalan, tengok-tengok awek cun lepas tu pergi makan-makan dgn kawan-kawan abang.

Hamim: Mim suka main bola... tengok awek buat ape? Pompuan bukan seronok pun kalau buat kawan. Diorang  tak suka Batman, main bola pun tak reti.



hakeR: Pompuan suka lain laaa...

Hamim: Tak seronok la bang... kat sekolah pun budak2 pompuan semua tak best.

hakeR: dah Mim suka kaco diorg... xkan tak best jugak? (ayat pancing)

Hamim: Mim kaco sebab diorg suka kena kaco...

hakeR: kate tak best..

Hamim: kaco diorg best, pastu ada yg nangis.. ade jugak yang report kt cikgu.

hakeR: Cikgu marah tak?

Hamim: cikgu tak marah pun..

hakeR: Cikgu suka ke?

Hamim: Cikgu tu

hakeR: Cikgu laki2 ke pompuan...

Hamim: Cikgu laki2... tak kawen lagi.

hakeR: Cikgu tu suka kaco pompuan jugak kot..

Hamim: Memang pun , dia suka kaco cikgu R******h.. Mim selalu kaco budak pompuan macam dia kaco laa...

hakeR: huh...

Gong Xi 3 dan 4


Semalam mama masak nasi lemak. Sedap, mama memang pandai masak. Lepas tu kami keluar pergi mandi kat kolam renang. Mama pandai berenang. Papa pun pandai berenang. Mereka ajar saya berenang kuak dada. Dulu  mama dan papa pernah ajar tapi saya tak pandai lagi.


Petang pula kami rehat di rumah. Mama tengok chanel 703. Mama suka tengok cerita License To Grill. Negro dalam cerita tu memang pandai masak. Negro tu botak. Badan dia tegap sangat. Mama cakap dia masak secara sihat. Kalau selalu masak macam dia boleh jadi tegap.

..........................................

Pagi tadi saya bangun lambat. Tapi tak mengapa sebab hari ni cuti lagi. Kami rehat di rumah saja hari ni.

Petang saya pergi main bola. Papa pun main juga. Ramai budak saja, papa pun nampak macam budak-budak juga.Papa pandai gelecek bola rupanya. Papa gelecek dari depan gol kami sampai gol lagi satu. Pasukan saya dengan papa menang 20 - 5. Sebab ada papa yang teror. Pasukan saya 7 orang saja. Pasukan lagi satu 10 orang. Kami bahagi macam tu sebab ada papa. Papa dah tua macam 3 orang budak.

Esok:

Sekolah...

Gong Xi pertama dan Kedua

Gong Xi kali ini seronok. Semalam papa dan mama bawa saya pergi tengok tarian singa dan naga. Naga tu panjang. Ada ramai orang cina pegang kayu dia. Singa pulak ada dua orang saja. Ramai orang datang tengok. Kami tengok di Pasaraya Low Yat. Petang baru kami balik ke kampung.

Dragon Ball GT: Season Two (Includes A Hero's Legacy movie) 

Malam pula kami sampai di kampung di Perak. Opah suka sangat. Dia masak nasi gorang. Lauk ikan talapia bakar. Saya makan banyak sampai kenyang. Opah pandai masak. Papa pun makan banyak sampai dia kenyang.

Rumah opah tiada astro. Kami tengok tv1,2 dan 3 saja malam tu.

Pagi tadi saya pergi kubur atuk. Tengahari kami pun pulang ke rumah.

Petang pulak kami tak pergi mana-mana. Penat sangat naik kereta lama-lama. Papa suka tengok chanel golf. Saya tak boleh nak tengok cerita lain. Mama pula tidur awal sebab penat.

Cuti ada dua hari lagi. Esok saya nak tengok tv sampai puas.

Khas: Pasukan Diari Hamim

Siapa Hamim?? Ramai yang mungkin tertanya-tanya siapa budak ini sebenarnya. Mana ada budak 8 tahun reti tulis diari. Mungkin ramai yang terfikir macam tu. Jadi untuk menerangkan kekeliruan yang mungkin menyebabkan kawan-kawan blogger rasa tertipu patutlah saya menerangkan ahli-ahli pasukan kami.

hakeR - saya laaa.... saya adalah penulis blog ini merangkap administrator la kira. Saya tiada kena-mengena dengn mana-mana hacker. hakeR adalah singkatan kepada nama saya, mak saya dan bapak saya. Kalau tengok kat profile saya, saya ada lg satu blog yang dah lama tak update. Saya seorang pekerja gomen, bekas budak U dalam jurusan Engineering. Saya ini sepupu kepada adik Hamim ni. Rumah kami sebelah-sebelah dalam taman yang sama. Saya selalu jumpa Hamim sebelah petang atau malam. Semua isi dalam posting blog ini adalah dari adik Hamim sendiri. Ayat-ayat sama ada saya salin terus dari apa yang dia cakap ataupun kadang-kadang ada juga yang dia tulis sendiri. Tapi kena la edit juga sikit-sikit, kalau tak edit nanti susah pulak nak paham.

Hamim (bukan nama sebenar) - parents dia tak bagi saya pakai nama sebenar dia atas sebab-sebab security. Parent dia orang yang ada pengaruh dalam kawasan kami (walaupun dalam taman saja) jadi saya kena lah comply dengan kehendak diorang. Hamim ni sangat-sangat cerdik dan sangat talkative. Kadang-kadang saya layan dia dari balik kerja sampailah sedar-sedar dah azan maghrib.Dia ni anak tunggal tapi dijaga dengan baik. Tidak dimanjakan sangat oleh parent dia. Kira baik la tu kot....

Jadi statistik dalam blog ini adalah seperti berikut:

Isi posting- 100% dari Hamim (sebab tu kurang kesinambngan...hehehe)
Typing 100% dari hakeR
Design blog 30% idea Hamim dan selebihnya dari hakeR.
Balas komen  30% dari ayat Hamim. Selebihnya saya.
Tulis dalam shoutbox- 100% hakeR (saya) .... heheheeh  .... sori yeeee...

Dengan ini sekian saja pengenalan Production House kami... sekian terima kasih...

Hari 8 (Rabu)

Lama saya tak tulis diari.

Hari ini hari terakhir sekolah. Esok dan lusa Tahun Baru Cina. Mama dan papa nak bawa saya pergi tengok tarian singa. Tahun lepas tengok tetapi saya takut. Singa datang dekat saya. Saya pun nangis. Papa pun bawa saya balik rumah.


Semalam emak mama dah sihat. Dia makan banyak ubat. Dia makan panadol dengan antibiotik. Dokter kata makan antibiotik boleh bunuh banyak kuman jahat. Kalau kuman jahat dah mati baru boleh hilang demam.

Hari ini tak seronok sangat. Papa balik lambat dari pejabat. Lepas itu dia tidur awal.

Mama pula masak nasi dengan lauk ikan goreng. Dia kata esok dia masak sedap-sedap sebab cuti. 

Tadi cikgu ramai-ramai ucap Gong Xi Gong Xi. Kawan-kawan cina pula semua tak datang sekolah...




Hari 6(isnin - hari sekolah)

Hari Isnin saya pergi sekolah.

Papa hantar naik kereta.

Hari Isnin mama demam. Dokter bagi mama cuti 2 hari sebab dia demam. Papa beli burger mcdonald untuk makan malam. Papa tak pandai masak.

Hari ini cikgu Misra ajar menyanyi. Saya main kastonet sebab suara saya tidak merdu. Alin, Nana dan Mida saja yang menyanyi. Kawan lelaki semua main alat-alat muzik sahaja.

Petang Isnin saya main bola sepak dengan kawan-kawan. Hari isnin ramai kawan yang datang main bola. Kami main sampai azan maghrib. Petang Isnin selalu tak ramai orang main bola. Ramai kawan yang lagi tua dari sekolah menengah pun main juga.

Malam mama tidak masak. Mama tidak larat. Papa beli burger Big dan Tasty untuk saya. Saya makan sorang saja. Mama makan bubur papa beli kat kedai.Lepas makan saya buat kerja rumah. Saya tak suka buat kerja rumah banyak-banyak. Cikgu selalu bagi kerja rumah banyak. Kadang-kadang sampai tidak sempat buat sebab banyak sangat.

Benda perlu buat esok:

1.-  main bola petang-petang.

2. - tolong papa masak nasi goreng untuk sarapan pagi.

Karangan Saya

Minggu lepas cikgu bahasa malaysia suruh saya dan kawan-kawan buat karangan sepanjang 120 pp.

"""
Tajuk  : Saya Sebuah Kereta 


     Saya sebuah kereta berwarna hijau terang. Saya ada 4 buah tayar. Tetapi saya ada lagi tayar di dalam tempat simpan barang di belakang. Tuan saya tidak sayang pada saya. Tuan saya duduk di dalam rumah tetapi saya kena duduk di tepi jalan. Tuan saya pun tidak pernah mandikan saya. Saya mandi bila hari hujan sahaja.


    Tuan saya selalu bawa saya pergi pasar. Lepas itu tuan saya pandu saya balik ke rumah. Tuan saya dan keluarga juga selalu naik saya untuk pergi jalan-jalan di bandar, taman, sekolah dan balik kampung. Dalam perjalanan balik kampung saya tidak larat untuk pergi laju sebab terlalu berat. Tuan saya ada anak ramai.


      Setelah banyak kali berjalan saya akan cepat penat. Tuan saya akan bawa saya pergi ke bengkel. Di bengkel, abang pomen akan keluarkan minyak warna hitam dari dalam enjin saya. Lepas itu abang pomen akan masukkan minyak yang berwarna kuning. Selepas itu saya akan lambat penat semula. 


     Setelah lama saya dipakai oleh tuan saya, saya telah dijual kepada seorang perempuan tua. Perempuan itu juga suka bawa saya pergi ke pasar. Tuan saya yang baru ini cat saya kepada warna merah jambu. Sekianlah kisah hidup saya sebagai sebuah kereta.

""""

Cikgu Aminuddin kata saya pandai sangat buat karangan. Terima kasih cikgu... terharunya.. churrpp churp...

Hari 5 (ahad... cuti... yeeaaaaa)


Hari ini hari Ahad.


Hari ini cuti umum. Semalam sabtu cuti rehat. Tapi dua-dua pun tak payah pergi sekolah.


Hari ini papa tak pergi main golf. Pagi tadi mama tanya papa "hari ni tak pergi menebas ke?".


Papa cakap "takde modal nak menebas". 


Menebas kena pakai duit ke?




Pagi tadi kami pergi makan roti canai kat kedai mamak. Saya berjaya makan dua keping. Papa makan roti nan dengan kari kambing. Mama pula makan nasi lemak, roti canai, teh tarik Madras, dua ketul vadeh dan teh O lemon. Mama memang suka minum teh O lemon sebab dia cakap boleh jaga badan. Mama memang suka jaga badan....

Kenyang...

Petang pulak kami pergi jalan-jalan di TESCO. Seronok jalan-jalan kat TESCO. Ramai sangat orang. Mama beli banyak barang rumah. Papa pulak beli barang-barang untuk komputer. Papa suka beli pendrive. Dia suka bagi hadiah pendrive kat orang. Dia punya pendrive pun selalu hilang. Kawan-kawan dia pun selalu hilang pendrive jugak agaknya. Kerana itu papa suka hadiahkan pada mereka...

Kingston Digital 8 GB USB 2.0 Hi-speed Datatraveler Flash Drive DT101G2/8GBZ, Red
Malam semasa tengok berita tukang baca berita yang pakai serban itu cakap pasal ekonomi melisit. Saya pun tanya papa. Papa bagi tahu, melisit maknanya merosot. Saya tanya papa merosot tu apa. Papa cakap merosot tu menguncup.. Saya tanya lagi menguncup tu apa. Papa cakap menguncup tu defisit.. Saya tanya lagi defisit tu apa. Papa cakap defisit tu berkurang..

Lepas tu saya tak tanya dah...

Selepas ini saya nak tidur sebab esok nak pergi sekolah...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...