Hari 6(isnin - hari sekolah)

Hari Isnin saya pergi sekolah.

Papa hantar naik kereta.

Hari Isnin mama demam. Dokter bagi mama cuti 2 hari sebab dia demam. Papa beli burger mcdonald untuk makan malam. Papa tak pandai masak.

Hari ini cikgu Misra ajar menyanyi. Saya main kastonet sebab suara saya tidak merdu. Alin, Nana dan Mida saja yang menyanyi. Kawan lelaki semua main alat-alat muzik sahaja.

Petang Isnin saya main bola sepak dengan kawan-kawan. Hari isnin ramai kawan yang datang main bola. Kami main sampai azan maghrib. Petang Isnin selalu tak ramai orang main bola. Ramai kawan yang lagi tua dari sekolah menengah pun main juga.

Malam mama tidak masak. Mama tidak larat. Papa beli burger Big dan Tasty untuk saya. Saya makan sorang saja. Mama makan bubur papa beli kat kedai.Lepas makan saya buat kerja rumah. Saya tak suka buat kerja rumah banyak-banyak. Cikgu selalu bagi kerja rumah banyak. Kadang-kadang sampai tidak sempat buat sebab banyak sangat.

Benda perlu buat esok:

1.-  main bola petang-petang.

2. - tolong papa masak nasi goreng untuk sarapan pagi.

7 comments:

  1. wah dah cantik blog adik hamim ni.. ada superman..cayokkk

    ReplyDelete
  2. Sekolah Hamim tak ambik cuti tambahan ke?Sekolah teacher cuti seminggu.

    ReplyDelete
  3. sekolah saya tak ambil cuti lebih. Sekolah saya cina tak ramai.

    ReplyDelete
  4. kak Cik sembang,
    superman tu bukan hero saya, yg lagi sorang tu memang paling hero.

    ReplyDelete
  5. Ass, wr, wb.
    Salam kenal kak Hamim, sebelumnya terima kasih banyak sudah berkenan berkunjung ke Blog Chyardi, sekaligus mohon maaf saya terlambat berkunjung ke Blog Diary Hamim, jadi ini sekalian kunjungan balik dari saya.
    Mengenai link blog Diary Hamim, sudah terpasang di Blog Chyardi, dibagian Link (D) Diary Hamim, mohon diperiksa/dilihat kembali ya....
    Salam untuk sahabat2 di Malaysia, sukses untuk kak Hamim, semoga blog Diary Hamim semakin maju dan berkembang ya....
    Wass, wr, wb.

    ReplyDelete
  6. follow blog hamim ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...