Hari 8 (Rabu)

Lama saya tak tulis diari.

Hari ini hari terakhir sekolah. Esok dan lusa Tahun Baru Cina. Mama dan papa nak bawa saya pergi tengok tarian singa. Tahun lepas tengok tetapi saya takut. Singa datang dekat saya. Saya pun nangis. Papa pun bawa saya balik rumah.


Semalam emak mama dah sihat. Dia makan banyak ubat. Dia makan panadol dengan antibiotik. Dokter kata makan antibiotik boleh bunuh banyak kuman jahat. Kalau kuman jahat dah mati baru boleh hilang demam.

Hari ini tak seronok sangat. Papa balik lambat dari pejabat. Lepas itu dia tidur awal.

Mama pula masak nasi dengan lauk ikan goreng. Dia kata esok dia masak sedap-sedap sebab cuti. 

Tadi cikgu ramai-ramai ucap Gong Xi Gong Xi. Kawan-kawan cina pula semua tak datang sekolah...




2 comments:

  1. berapa umur hamim sebenarnya ye..

    ReplyDelete
  2. aku rasa, ni orang besar tulis. tapi berangan jadi budak umur 8 tahun. ye tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...